Bahan- bahan (18cm )
- 150g coklat
- 50g mentega
- 50ml susu segar
- 3 biji telur
- 50g tepung
- 10g serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 40g gula aising
- Secubit garam
Cara-cara
- Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko.
- Campurkan coklat, mentefa dan susu segar di dalam periuk dan cairkan di atas api yang kecik.
- Panaskan oven ke 140 degree celcius.
- Asingkan telur kuning dan telur putih.
- Masukkan secubit garam dalam telur putih dan pukul hingga berbuih. Bila dah berbuih masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sampai gebu.
- Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga gebu. Kemudian masukkan coklat cair tadi dan pukul sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
- Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
- Bakar selama 45 minit.
- Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.